Saturday, May 22, 2010

Here comes the story

The story of a Cinderelly. :) Eh no, it's not. Ni cerita Minah Jenon (awek Mat Jenin).

Masa Minah J tengah breakfast bintang madu (honey stars), tiba-tiba handphone dia beep. Rupa-rupanya SMS daripada Dolmat. Nama sebenar dia Dolah Mamat tapi nak femes so nama glamor Dolmat. Dolmat & Minah J kawan biasa je lagipun baru kenal. Dia ajak keluar sebab nak bagitau perkara penting. Mesej si lelaki Melayu terakhir tu kali ni pelik sikit sebab ada "See you, dear. <3" pada hujung ayat. Dear tu biase tapi sign <3 tu buatkan Minah J tersenyum lebar, lagi 1 cm dah nak sampai telinga.

So Minah J pun pergi bersiap. Habis satu lemari dia punggah nak cari baju yang cun-melecun-meletup-pandang-sekali-terus-dari-mata-turun-ke-hati-jantung-lub-dub-lub-dub gitu. Last sekali dia pilih dress warna pink comel corak bunga-bunga kecil. Tengah pakai tudung, mak Minah J masuk bilik. "Hah, macam tahu-tahu je mak nak suruh ikut pergi jumpa Mak Gayah. Anak dia, Ash baru habis grad. Dia ajak makan kat Metropoint." Phew, nasib baik sama tempat nak jumpa Dolmat. Minah J tak boleh bagitau mak yang dia nak jumpa Dolmat sebab mak dia tak bagi dia keluar sorang-sorang dengan orang lelaki. Baidewei, Ash tu nickname Abu Hardson. Dia ni berdarah campuran, hensem woah. Minah J suka jugak dengan dia ni tapi sebab dia dah jadi doktor, Minah J tak habis SPM pun lagi, perasaan tu dia buang jauh-jauh (tapi masih dalam hati).

Bila Minah J dengan mak dia sampai kat Metropoint, Mak Gayah belum sampai. Diorang pun jalan-jalan dulu. Minah J risau kalau Dolmat dah sampai, janji nak jumpa kat Baskin Robbins. Dia pun pujuk mak dia tunggu kat Lemon dulu dengan alasan nak pergi tandas padahal jumpa Dolmat. Tiba-tiba dia nampak Dolmat macam tengah bercakap dengan seseorang. Dari belakang nampak macam Ash! Minah J pun beranikan diri pergi jumpa Dolmat. Memang betul itu Ash. Lepas tu, Ash dengan Dolmat mula gaduh sebab perempuan yang diorang nak jumpa / suka tu sama, Minah J.

Minah J terus hentikan pergaduhan tu sebab tak nak sesiapa tercedera. Dahlah dua-dua muka hensem nanti lebam ke luka ke dah hilang hensem kannn. Minah J minta berhenti gaduh tapi Ash dengan Dolmat suruh Minah J pilih seorang. Susah nak buat keputusan, kesian Minah J. Dua-dua pun dia suka, dua-dua pun baik dan ya dua-dua pun hensem. Mimik muka Ash & Dolmat sama, penuh harapan sampai kalau tengok rasa nak gelak evil pun ada muahahahaha *tiba-tiba.

Mat Jenin macam mana? Haihh dia tetap di hati. But seriously, kalau dah dapat yang lagi baik dan tak selalu berangan siapa tak nak kan? Thank you so much for reading anyway, gee. :B

No comments: