Kuching.

Ini nak cakap pasal trip ke Kuching, Sarawak minggu lepas. Minggu lepas, sekarang baru nak blog? Ish diam ah I sibuklah.


 
Bermula hari Jumaat kami pergi sana. Pengalaman pertama naik kapal yang ada sayap, boleh kata seronok. Bila tengok bumi daripada atas, sayup je sebab semuanya telah dire-saizkan menjadi kecil sangat sampai boleh terbayang kalau tiba-tiba plane crash macam mana rasanya *takutlah tu, ish bagilah I cerita dulu -,-'.
Nak kata takut, taklah juga cuma risau sebab malang tak berbau kan? Bila malang nak datang, datanglah dia tak reti nak telefon dulu bolehlah nak masak ke ape ke *eh? -,-'.

 

Kami menginap di hotel 360 Xpress City Centre yang susah untuk cari di manakah tempatnya hotel ini. Baru terasa macam tak terkenal sungguh hotel ni, perlu lebih banyak promosikan hotel ya. Oh tapi servis dan kemudahan hotel ni bagus, and I like the whole interior design *lain kali pergi Kuching nak duduk kat hotel sambil online sebab internet F.O.C. hehe. :D Lepas itu tak pergi mana-mana pun kecuali jalan-jalan di Kuching Waterfront pada waktu malam. Oh ada seekor kucing telah membuat satu suprais dengan mengaum seperti seekor harimau di belakang saya. Memang saya dan Husaini (adik saudara) terkejut sehingga terus terbangun dari tempat duduk dan hampir terjun ke dalam sungai di depan. -,-'

 

Hari kedua dan ketiga agak kelam-kabut. Pergi banyak tempat dan tak perlu diceritakan pengalaman tersesat hahaha memang banyak kali. Sekarang kita pergi lurus ke tujuan (straight to the point), I tengah mengantuk ni. Sebelum I tertidur, silalah tengok gambar-gambar pula.



MUZIUM KUCING



Sama tak? Sama tak?



KAMPUNG BUDAYA SARAWAK



KUCHING WATERFRONT



JONG'S CROCODILE FARM

"Good boy, good boy." HAHA



Masa nak balik, penerbangan ditukarkan ke 2100. Oleh itu, adik-adik saudara yang tiada kerja telah disuruh menjadi model I tanpa gaji. Mereka suka lagi teruja okay. ;D




Gambar yang terbaik antara yang tidak. Bolehlah kan? KAN?



Gambar yang lain ada di Facebook. Okay, dah habis. Bye Kuching! :)

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.