Saturday, January 9, 2010

Kepada Semua.

Kadang-kadang kita nak tegakkan sesuatu yang betul. Memang tanggungjawab kita untuk tegakkan kebenaran tapi betul ke caranya kalau kita lakukan sesuatu yang mendatangkan keburukan?


Perasan tak yang bila kita tak puas hati dengan seseorang, kita marah? Bila marah, kita nak balas balik perbuatan orang tu? Bila nak balas, mesti nak balas kaw-kaw punya? Bila kita balas, orang tu pun marah? Bila orang tu marah, dia pun nak balas balik? Bila dia nak balas, nak balas kaw-kaw juga? Dan perkara yang sama akan berulang berkali-kali?


Sedar tak?


Bila kita berpelajaran, kita dapat peluang. Bila dapat peluang, kita berusaha. Bila berusaha, kita dipercayai. Bila kita dipercayai, kita dapat jawatan tinggi. Bila dapat jawatan tinggi, kita salahgunakan kuasa. Apa semua tu? Berbaloi ke kerja keras kita nak jadi orang yang lebih baik dan berkhidmat untuk orang lain? Yang penting, dapat ke kita terapkan nilai-nilai murni dalam kelas Moral dengan Sivik di sekolah? Melalui contoh yang tak baik, contoh yang bertentangan dengan nilai-nilai murni tu?


Kenapa tak berbincang dalam keadaan yang tenang? Buka minda masing-masing, jangan berfikiran kolot. Terima pendapat orang lain. Bertindak secara rasional, jangan terburu-buru. Bila keputusan hasil perbincangan dah dibuat, kita terima dengan terbuka. Setiap perkara ada baik & buruknya, jadi kita fikir positif. Atasi keburukan dengan memanfaatkan kebaikan perkara tu. Kan lebih elok macam tu?


Karangan pendapat boleh dapat markah penuh tak? Post ni umum, fikir secara positif okay. :)

No comments: