Saturday, January 2, 2010

Dua hari lagi.

Gila ke apa? Lagi dua hari masuk sekolah balik. Ha gila gila. Kerja cuti sekolah tak siap lagi. 5 esei English memang kena buat ke? Cikgu ingat lagi ke? Yang penting, cikgu sama ajar English tahun depan ke?


Kenapa kena rombak kelas? Tak susah ke? Atau saja cari susah? Tak ada kerja eh cuti sekolah ini? Apa bezanya kalau rombak kelas? Boleh buat senarai faedah kenapa kena rombak kelas? Kalau ada faedah pun, untuk cikgu ke untuk pelajar? Cikgu suka ke rombak-rombak kelas ni? Pelajar tak suka, cikgu tak tahu ke?


Rombakan kelas membuatkan pelajar rasa tersisih. Pelajar pandai dengan yang pandai saja (macamlah pandai sangat). Pelajar yang tak pandai dengan yang tak pandai saja. Pelajar yang di antara ataupun biasa-biasa perlu ada dengan biasa-biasa saja. Macam itu? Rombakan kelas membuatkan pelajar murung. Pelajar tak suka sebab tak ada kawan. Pelajar tak gembira sebab kekok. Pelajar tak senang hati sebab kena duduk sebelah budak-poyo-berlagak-pandai-padahal-tak-sangat-kecoh-lebih-sebab-masuk-kelas-budak-pandai. Pelajar hilang keyakinan diri sebab budak pandai semakin pandai, yang ketinggalan semakin tertinggal. Apa semua ini?


Betul ke Tingkatan 5 SMKCK 2010 ada rombakan kelas? Sekolah lain ada ke rombak-rombak macam ni? Ini ke strategi perjuangan untuk mencapai visi sekolah - SMKCK gemilang 2010?


Ok post ni tak ada niat buruk. Cuma rasa tak senang hati sebab N & E asyik sakat pasal rombakan kelas ni. Sedih okay :'( Kalau betul apa yang E dengar, tak suka ah. TAK SUKA. Haih post tahun baru 1 Januari dah tak seronok. Ada ke patut cakap pasal rombakan kelas. Dah la panjang, cakap entah apa-apa pula tu.


Kalau tak silap ingat, cikgu ada cakap yang dia tak setuju nak rombak kelas ni. Dia dah tahu perangai pelajar-pelajar dia, masak sangat dah. Kenal sangat Shahiela ni - bla bla bla. Begini lebih mudah, bukan? Pelajar dah serasi dengan cikgu. Jadi pelajar senang nak tanya soalan bila ada yang tak faham.


Tolong cakap sekarang, TAK ADA rombakan kelas. 12.40 a.m. ya dalam keadaan sedar, tak sleepwalking/sleepblogging/sleeptyping.


Dah. Kali ini tak ada hugs and kisses, tak ada mood nak berkasih sayang dengan engkau, blog. Goodbye pun takde. Walau hanya tiga huruf sekalipun, b-y-e. Takde. (Kesian blog, kau ada tuan muda eh perempuanlah jadi puan muda eh belum kahwin cik muda macam ini.) Bye.

No comments: