Monday, December 14, 2009

Okay, dah jumpa.

Beauty With Brain memang ada! Oh tak sangka :B (okay, sebenarnya memanglah ada tapi takdelah tahap yang saya pernah bayangkan. 'Beauty' yang dalam dan luar, 'Brain' yang genius!) Dia memang hebat! Siapa orangnya tak penting, yang paling utama result dia yang menakjubkan! Dulu tak tahu pun apa yang diorang asyik sebut 4flat tapi sekarang dah tahu walaupun hanya sekadar luaran. Whoa, agaknya nanti saya boleh dapat berapa eh? Hehehe kita tunggu dan lihat okeh!


Sekarang kena fokus SPM dulu (itu pun tak lepas lagi, nak cakap pasal result CGPA pulak!). Dah, tak nak cakap pasal SPM. Baru sebut SPM, dah seluruh badan bergetar macam handphone vibrate bila mesej masuk. Kalau cakap banyak-banyak, entah apa yang jadi nanti. So let's move on to what I did today.


Dah lama saya nak buat tapi tak berkesempatan. Apa? Saya nak menjahit! Okay okay tak payah gelak sebab saya boleh menjahit (walaupun basic tapi masih boleh jahit ya). Apa yang saya jahit? Ada lah hahaha :P Baru siap 45% sebab itulah kena rahsia dulu. Semalam tidur pukul 2.30 a.m., haish bukannya tak nak tidur tapi tak boleh. Dari pukul 12 a.m. cuba tidur, pusing kiri pusing kanan pun tak tidur lagi. Sebelum tu saya ada tengok handmade stuffs yang sangat cantik dan adorable gitu aww. Itulah sebab utama saya tak boleh tidur semalam. Daya imaginasi terlalu kuat masa tu, asyik terfikir idea-idea baru. Fuish, kalau ada barang-barang yang diperlukan, memang tak akan tidur semalam nak buat benda-benda tu semua.


Whoa, banyaknya saya cakap pasal menjahit. Okay berhenti sekarang. Bye.

No comments: