It's great to be loved :)
Hey ho! Saya ada satu cerita nak cerita ni (I've got a tale to tell), ada seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel dan cerah dan pendek dan berambut panjang yang suka bercerita dan suka sambung ayat-ayat dia dengan kata hubung 'dan' (saya pun suka guna 'dan'). Ceritanya bukan pasal berapa banyak kali dia guna 'dan' dalam satu ayat tapi dia selalu ikut mak dia pergi Pasar Kajang. Wah rajin budak ni bangun pagi-pagi ikut mak dia pergi pasar kan? Anak solehah ni.
Mak dia selalu beli daging dekat uncle cina ni tak tahu kenapa mungkin uncle ni tawarkan harga yang lebih paling murah. Ataupun sebab dah buat anak dia iaitu budak perempuan ini terkenal. (Apakah?) Oh lupa nak cakap tadi, budak perempuan ni kacukan Melayu dan Cina (eh sama lagi macam saya kan?). Jadi uncle ni pun sukalah tengok muka budak perempuan kacukan Cinyu (Cina + Melayu = Cinyu) sampai pasang hajat nak kenengkan dengan anak dia.
Lantas setiap kali budak perempuan ni datang, satu pasar kecoh bakal menantu dia datang (tak pasal-pasal je kan? -,-). Aduh malu sampai dah tak tahu mana nak sorok muka ni, eh muka dia! Ye muka budak perempuan Cinyu. Itulah sejarah budak perempuan ni kat Pasar Kajang satu ketika dahulu, sekarang dia dah, kejap nak kira.. kalau tak silap umur dia sama dengan saya, 16 tahun. Tahun depan 17 tahun dah.
Tadi ikut Mama pergi pasar. Lepas tu jumpa uncle yang saya cerita tadi. Wah, dia kenal lagi budak perempuan Cinyu yang dulunya *kecil, comel, pendek, cerah* etc, memang idaman kalbulah pendek kata. Sekarang budak tu dah _____ (isi tempat kosong dengan antonim **).
Sekarang ni, budak perempuan Cinyu tu gembira dan bersyukur sangat sebab disenangi dan ada orang yang sayang dia. Keluarga, kawan-kawan, keluarga angkat diangkat terangkat & semua lah. Oh akhir sekali, dia cakap terima kasih semua ;)
p.s. It's great to be loved and it really is. But in order to be loved by others, we have to love first. So don't be shy, tell your loved ones that you love them. It's never too late. Anyway thanks Ibu for the belated birthday present. Have a nice day everyone, I love you!
Comments
CINYU- SHAHIELA :D