Monday, December 21, 2009

Haiwan peliharaan #2

Sambung cerita. Tiba-tiba rasa sunyi sebab tak ada kawan kat kawasan rumah baru ni, jiran semua macam -,- takpe lah tak nak gosip jadi kita teruskan. Timbul rasa nak ada haiwan peliharaan lagi sekali jadi ingatkan nak beli hamster @ tikus comel - pada mulanya. Tapi bila fikir balik, hamster cepat mati dan susah nak jaga, saya pun batalkan niat yang murni lagi suci nak bela haiwan *sebenarnya tak sanggup kalau dia mati jadi keras sama macam tikus e-u-e-u-e-u-e-yuuuu* Tak nak lah.


Ini antara sebab lain tak patut bela hamster ;



Mula-mula comel je rasa nak tampar pun ada.



Lepas tu, dia minta kereta untuk hadiah hari jadi dia.


Kalau korang tak nak bagi, dia pujuk dengan buat muka macam ni.



Kalau tak bagi jugak, dia bagi flying kick sepuluh!


Teruk rupanya perangai hamster ni kan ish ish. TAPI! Hasrat nak bela haiwan tu perlu diteruskan. Ha, jadi silalah tengok bahagian sidebar ada seekor hamster yang diberi nama "Hum Tum" ewahh hindustan gituu hehe. Please take good care of him alright? Feed him strawberries and make sure he stays fit *run hamster run*!


Eh tiba-tiba tukar bahasa pulak haha. Suka hatilah, T-A-T-A.


p.s. Hamster macam Hum Tum tu selamat sebab dia tak boleh keluar dari blog ni pun haha.

*edited* Sekarang Hum Tum pun dah takde. Memang takde jodoh dengan binatang agaknya. 

No comments: