Haiwan peliharaan #1

Selamat siang! *ehem ehem* Eh eh nak tahu tak kenapa blog diwujudkan? Siapa tahu, angkat tangan! Okay, semua jawapan salah. Tujuan utama ialah kalau sakit tekak atau hilang suara atau suara seorang gadis bertukar ke suara jantan jejaka atau suara menjadi seksi *sangat menggoda, aurat okay* atau apa-apa yang berkaitan dengan suara, maka terpeliharalah anda daripada orang lain mendengar suara yang *ikut keadaan* semasa anda ingin meluahkan sesuatu seperti apa yang anda blog. Faham? Bagus.


Pokok pangkalnya, apa yang saya ingin ketengahkan hari ini ialah saya sakit tekak eh bukan tapi tentang hajat saya nak memiliki seorang seekor haiwan peliharaan. Once upon a time, saya pernah ada hamster dan ikan dan kura-kura dan udang galah dan katak eh tak tak, itu makanan ikan kaloi *whoa, ikan aku makan katak*. Tapi itu semua cerita dulu-dulu masa aku muda belia lagi *okay sekarang pun masih belia remaja hehe*. Haiwan pertama yang menjejakkan kaki ke rumah aku ialah ikan. Okay, dia menjejakkan sirip dan ekornya ke dalam akuarium haha. Ini sebelum aku lahir dia dah ada. Cis, tak adil betul. Takpe takpe, Papa sayang aku lebih HAHA. Then came the hamsters, tortoises and the lobsters.


Lepas itu, hamster paling cepat mati *racing siapa makan siapa paling banyak* tsk tsk T_T Sebenarnya udang galah tu menginap sementara dalam akuarium untuk mengekalkan kesegaran, tak sampai sehari dah pindah dalam kuali seterusnya dihidangkan atas meja untuk makan malam hehe. Kura-kura dengan ikan paling lama. Walaupun ikan dah banyak mati lepas tu Papa beli lepas tu mati lepas tu beli lagi lepas tu mati lagi dan beli lagi dan lagi dan lagi, mereka tetap ada *macam top-up/refill*. Kura-kura ada seekor je dan dia tinggal paling lama dekat rumah aku sejak Papa buat kolam ikan.


Lepas ikan-ikan berkurangan masa aku lebih kurang 12 tahun dan makanan yang terhad sebab aku selalu terlupa nak bagi makan, kura-kura pun mula bertindak ganas *walaupun dah tua* dengan cubaan menggigit ikan. Ini aku tak pasti tapi lebih kuranglah -,- jadi, kura-kura tersebut telah dihantar ke sungai. Yang ini takdelah sedih sangat. Akhirnya, tinggallah seekor ikan kaloi. Itu pun dah besar dan berat sangat *aku pernah angkat, konon-konon nak tunjuk hebat dekat adik saudara tapi tak boleh -,-"* dia pun telah dihantar ke sungai. Lepas kejadian ini, kolam ikan pun dirobohkan dan tak ada lagi haiwan peliharaan untuk jadi tempat aku kongsi suka dan duka tsk tsk T_T


Bersambung. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.