Wednesday, December 23, 2009

Bawa bertendang eh bertenang.

Hey hello hi. Esok hari untuk ambil keputusan PMR kaaaaaaan? Ah cuak cuak. Tak tak bukan saya, I dah lepas you hahaa (betapa berlagaknya). Okay meh kakak bagi ucapan sikit untuk kuatkan semangat adik-adik elehh macam dia tak cuak tahun lepas, mandi tak basah tidur tak lena ah. Tapi ada satu tip, tutup handphone malam ini dan jangan buka selagi tak dapat keputusan. Ini boleh mengelakkan rasa gemuruh sebab semua sibuk call, SMS, MMS - "Dah dapat result ke?", "Bila nak dapat ni?", "Eh awak, nanti dapat result text kita taw." etc. Lepas tu jangan pergi dengan kawan sebab nanti bila kawan tu menggelabah, kita pun menggelabah juga (macam Nadia dulu -,-) lagi-lagi kalau dia budak pandai pesaing nombor 1 kita (macam Nadia juga -,-). Yang terakhir, redha je dengan apa yang kita dapat :)


Okay, saya ada buku rujukan Longman Esensi Sejarah SPM. Tak guna pun buku ni, semangat beli masa nak masuk Tingkatan 4 dulu siap balut lagi -,- Lepas tu, saya ada tulis nama dan ada highlight beberapa muka surat. Tapi boleh jamin, buku nampak baru lagi :D Harga asal RM 25.90 jadi saya jual RM 20. Sesiapa yang berminat, boleh contact saya jangan malu, jangan segan okeh!



Sorry gambar macam.. sheesh.


Bye.

No comments: