Aiyo amoi!

Uncle Ah Sing cakap,


"Amoi belapa kali lu mahu online? Sulah belapa jam depan ini kotak? Tala guna lu duduk sini lama-lama. Apa lu dapat? Aiyo manyak bazir jam woo. Nasib baik guna Streamyx, kalau tak ha habis luit bapak lu."


Penjelasan tulus ikhlas : Kotak yang dimaksudkan ialah komputar eh eh komputer. Oh terima kasih TM sebab wujudkan perkhidmatan Streamyx ni kalau tak mati aku kena steam dengan ayah aku haih -______- Dan lagi satu, dialog atas ni bukan Uncle Ah Sing yang cakap. Malah, aku tak kenal pun Uncle Ah Sing tu siapa. Ngeh.


Hari ini kalau aku hitung berapa lama aku duduk atas kerusi yang menunggu masa untuk diganti baru, uish wait a minute I'm gonna get my calculator.. haha retard betul, itu pun nak guna kalkulator saintifik Casio fx-570MS. Aku dah ada dekat sini lebih kurang 4 jam lepas tolak 2 jam aku tengok TV antara masa aku online. Kesian komputer ni terbuka 6 jam dah. Tu tak kira berapa jam pula kakak aku dah guna sebelum tu. Haish sabar eh komputer sabar. Sebenarnya kan aku nak buka buku lagi-lagi bila SPM 2009 dah nak habis (ataupun dah habis? tak tahulah). Aku selalu bersemangat mula-mula tapi lepas tu hampeh. Habuk pun tarak! Aku tengah menunggu masa (hoi bukan itulah ngok!) nak ulangkaji pelajaran. Bak kata ustazah, "Awak dah tak ada masa lagi lepas ni. Kalau tahun ni awak tak ulangkaji untuk silibus tahun ni, tahun depan mana sempat. Tahun depan nak kena belajar silibus Tingkatan 5 pula. Ish, tak sempat dah. Awak nak ke jadi macam kakak-kakak Form 5 awak? Sekarang nak trial baru nak ulangkaji pelajaran Tingkatan 4." Dialog ini dia cakap masa dekat trial SPM dulu. Sekarang SPM dah nak habis dah, aku ingat lagi. Masih tersemat rapi dalam celahan dokumen-dokumen yang bersepah dalam otak ni ha. Cuma belum bertindak je. Aduh.



Habis sesi meluahkan perasaan ecehhh. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.