Tisu sekotak


Cepat bak sini tisu sekotak ataupun lebih. Aku nak menangis ni, nak menangis sampai bah satu negara (serius ni).

Hari ni, aku disahkan WAJIB menyertai kem di Rawang. ARGH, mangkuk mee betul kan? kannn? EEEEEEE. Okay, kalau kem tu 2 hari 1 malam mungkin boleh diterima. Yang ni 4 hari 3 malam, kem yang paling lama aku (bakal) pergi. Lepas tu yang buat hati lagi panas, kepala berasap, kem tu dari hari Jumaat ni sampai hari Isnin! EEEEEEE. Tak boleh ke buat hari Isnin sampai Khamis ke? Ataupun hari-hari yang seterusnya?! Tak boleh ke tak boleh ke??!! EEEEEEE. Tambah nak bagi umph lagi (okay macam nak sangat makan pisang goreng panas), tak boleh pergi jumpa adik-adik yang comel, nakal belaka hari Ahad ni tau. Diorang baru nak tunjuk eksen atas pentas tapi aku tak dapat pergi! Pastikan kem ni tinggalkan kenangan manis eh kalau tak, haa *tunggu

Kedua, kumpulan saya takde katak untuk dibedah esok untuk Biologi :( Papa kata tak dapat, yang ado katak kering mati katak atas jalan. Ishh, susah pula nak cari katak walaupun sekarang ni musim hujan. Katak-katak semua macam dah tahu pula kitorang nak bedah katak esok jadi semua menyorok :/ Kalau dekat rumah Nek Su, senang je nak dapat katak. Waktu malam, pergi tunggu dalam tandas nanti datanglah ia. Haa, ni aku nak balik kampung ni :(

Tak seronokkan? Pergi kem, takda katak. ARGH

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.