Sayur bagus untuk kesihatan

Putri Nur Alyssa bt. Muhd Farid. Dia adik sepupu saya iaitu anak Pak Su saya. Lebih mesra dipanggil Echa (sebutannya ialah E-cha). Semalam balik kampung PD dengan Pak Su. Echa pun ikut sebab nak mandi laut. Semalam lepak dekat laut satu hari (ok, dari tengah hari sampai petang je) Dalam lebih kurang pukul 6, kami balik. Tiba-tiba perut berlagu pula jadi singgah KFC dekat Bangi. Sebenarnya, untuk makluman semua makhluk di dunia, saya Shahiela tak suka makan sayur hahaha. Feel nak makan sayur tak ado. Tapi tapi kan, Echa ni makan coleslaw dengan whipped potato, lepas tu cantik pula separuh coleslaw dengan separuh lagi whipped potato atas sudu kecil tu. Tak cukup dengan tu, dia makan dengan penuh perasaan nikmat, wah wah kalah model iklan Pizza Hut. Dan saya tiba tiba tertarik pula dengan benda yang taklah menarik sangat, coleslaw. Tengoklah macam mana nanti, jadi tak saya makan coleslaw haha :p

Hari ini saya tak pergi sekolah. Penat sangat berendam dekat laut semalam haha. Masa bangun tidur pagi tadi, sejuk sangat. Mulalah mata ni nak tidur balik. Ala-ala sleeping beauty jadinya nanti. Tapi saya berjaya mengatasinya! Walaupun masih mengantuk dan telah menguap beberapa kali sampai tak terkira, saya tak tidur semula. Wuhooo! (ok, takdalah pencapaian besar sangat tapi untuk saya sangat besar dah tu!)

Oklah, sekarang nak main Wonderland Online. Bye.

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.