Tiga serangkai

Hari-hariku semakin suram tanpa dirimu. Ecehh -,-


Hari 01, Sabtu.

Saya ikut mama ke tadika kat Bangi. Tolong kemas barang, nak berhijrah ke Prima Saujana pula. Cawangan kat Bangi ni nak ditutup ala sedih doee :( Jangan ditanya kenapa, nak pindah sebab katanya sambutan tak hangit eh eh hangat (kau baru je jawab kan? -,-). Jadi lepas ni lagilah jarang nampak muka shahiela kat Bangi ala ala tak seronok kannnnn? :( Semua orang pun bekerja keras angkat meja, kerusi, buku, fail, barang-barang dapur etcetra. Bila lori datang *vroom vroom tiga orang jejaka dengan gagahnya angkatlah barang-barang tu semua dan dihantar ke Taman Jasmin sebab Prima Saujana dah takde ruang nak letak semua barang tu. Habis cerita.

p/s : Masa saya membantu ni masih demam tahu. Hai anak yang solehah kan saya ni? kannnnn? ;p


Hari 02, Ahad.

Hari ni pula konsert tadika Smartlearn. Saya sebagai pembantu rasmi Mama, saya pun pergilah ke konsert yang bertempat di Kolej New Era. Best gila dengan budak-budak tu. Comel-comel belaka, rasa nak cubit pipi yang gebu-gebu tu :B Walaupun agak tak terurus keadaan masa tu tapi takpa hari terakhir budak-budak tu, nebemainlah. Dan secara kebetulankan ramai pula yang selsema masa tu ha bolehlah saya rasmikan satu bilik persalinan tu untuk manusia-selsema-achoo kan? Haha ;p Masa petang sesi budak 6 tahun sahaja, lepas tu ada orang jual bouquet teddy bear tu dekat luar dewan. Ramai ibu bapa yang belikan untuk anak-anak yang graduatelah kononnya. Itupun Mama bagitahu bila dah sampai rumah -,- takpelah elok juga, kalau tak mesti shahiela beli, ish kesian takde orang belikan untuk saya :(

Photobucket

p/s : gambar banyak tapi malas nak upload.


Hari 03, Isnin.

Pagi tadi ada kelas tambahan Kimia dengan Pn Azlin kat sekolah. Tak ramai pun yang pergi, 8 orang je. Tadi ulangkaji buat equation, haish susah nak imbangkan. Habis kelas tadi pukul 11, pergi Metropoint dengan Nadia. Lepak main bowling, aiyo lama gila tak main asyik masuk longkang -,- Pusingan pertama Nadia menang, pusingan kedua saya menang! wuhooo! walaupun markahnya takdelah hebat mana, takpe asalkan saya menang! haha ;p lepas ini kenalah berlatih selalu jadi takdelah selalu sangat ada tanda '-' dekat scoreboard tu. Go shahiela go *eceh ikut go diego go! Lepas habis main, balik rumah. Siap-siap pergi kenduri abang Sumayya berkhatan. Dah makan, balik rumah saya tidur, zzz.

p/s : esok ada kelas tambahan lagi. Saya demam balik ishhh.


Akhir cerita, good night!

Comments

Popular posts from this blog

Survived (part 1)

Matrikulasi.

Mula-mula benci, lama-lama sayang.