Thursday, November 19, 2009

Cabaran hidup

Ecehh, tajuk entri kali ni tak boleh blah kannnnn?

Sebenarnya, takdelah cabaran mana pun. Hari ni rasa semangat pula nak pergi kem kenaikan pangkat tu. Tapi, *jeng jeng jeng saya diserang bakteria! Ahhhhh, tidakk! HAHA, eh saya selsema je. Dan demam. Saya ni pelik sikit tahu. Kalau demam, saya demam waktu malam lepas tu siang elok je boleh lari, lompat, jerit dan sebagainya. Pelik tak? Ataupun korang pun sama je? Ha, ke ada virus pula? Virus aku-sakit-mengada-ngada -.- Tadi aku dah sebat 3 jenis ubat/cara untuk menyihatkan badan balik. Pertama, makan pil Uphamol. Ini lebih kurang panadol juga tapi lagi power kot. Kedua, makan pil Simtec. Ini untuk keringkan selsema yang macam air tu. Akhir sekali, makan Eno. Cara ni daripada Pakcik, kalau demam cubalah Eno :D

Bakal doktor negara *don't play play ;p

Tadi masa kelas Biologi Pn Asmah, kitorang bedah katak woo hee :D belah sana belah sini katak tu tak mati lagi! Malas nak cerita proses pembedahan, akhirnya kami tanam katak-katak tu semuanya di hujung blok makmal tu. Kalau nak pergi melawat, harap-harap masih ada batu dan kertas yang bertulis "4 Intan's frogs". Diorang siap tabur bunga lagi. Yang penting memang bermanfaatlah pembedahan tu :)

tempat semua katak ditanam.

Agenda seterusnya, 4 Intan pergi KFC untuk jamuan kelas. Satu tingkat atas tu khas untuk kami, ah terharu :') haha, memang kosong. Lepas perut kenyang, mestilah ada acara menangkap gambar kenangankan? ecehh, tangkap gambar bertiga je -Pei Khim, Syera, Moli dan aku tolong tangkap gambar. Puas tangkap gambar, bateri pun habis, balik sekolah. Pei Khim balik dulu, tinggallah kami bertiga. Kami pun borak mengenai SPM tahun depan. Takut bai, tutup cerita.

p/s : 8 rules to obey. WHOA. <3

No comments: