Thursday, November 26, 2009

Balik kampung oh oh balik kampung!


terlebih suka pula aiyo -,-


Hi pembaca sekalian :D Apa habaq hangpa semua? Ecehhh macamlah lama sangat tak blogkan ;p padahal semalam baru blog entri emosional lagi haha, thanks Grace for your concern hehe :)

Berbalik kepada tajuk entri hari ini, balik kampung. Hoi esok rayalah, raya! wuhooo! oleh itu, hari ini saya akan balik ke Port Dickson rumah nenekku yang tersayang. Wuu rindu woo nak balik kampung *padahal baru beberapa minggu lepas aku balik kan? biarlah sukalah hatilah akulah hoho. Rasanya tak ramai yang balik kampungkan? Takpelah kepada yang tak balik kampung, korang meriahkan raya dekat sini okay? Bikin gempak sikit, kebaboom! *eh jangan main mercun ada pula nanti kudung tangan ke kaki ke siapa nak jawab? lagi-lagi yang tengah SPM tu.

Lepas itu, pergi rumah Mak Long untuk pra-pertunangan Kak Ain *rasanya pra-pertunangan gitulah. Tak kisahlah apa pun, saya gembira untuk Kak Ain! Cucu Atuk Ayop pertama tahu :) Oh dan


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :)



nak juga gambar macam ni ;p


Dahlah malas nak tekan papan kekunci ini lagi. Ok, hingga kita berjumpa lagi.

No comments: