Change.
Dah jadi rutin setiap pagi mesti kena check Facebook, Instagram and Twitter. Kalau sempat breakfast, sambil breakfastlah. Kalau tak sempat, masa sampai dewan kuliah. Walaupun cuma beberapa minit, mesti tengok jugak. Facebook terutamanya paling penting untuk aku. Kenapa? Sebab Facebooklah tempat yang boleh kata hampir semua kawan-kawan ada; kawan sekolah, matriks and universiti. Universiti uolls. Janggal bunyinya. Macam tak percaya dah masuk universiti haha. Okay so bila check FB tu hari-hari, mestilah ramai kawan-kawan update kan. Update gambar, aktiviti, status macam-macamlah. Bila tengok tu semua, selalu teringat balik masa sekolah dulu. Those sweet old memories. Teringat macam mana perangai masing-masing masa sekolah. Aku mengaku, kitorang antara geng skema kat sekolah. Geng skema yang cikgu kenal, geng skema yang siapkan homework, geng skema yang tak langgar peraturan sekolah (okay, ni bukti paling kukuh buat kitorang skema), geng skema yang... you name it. Semakin j...