Matrikulasi.
*Sebelum baca, ni post tahun 2012. Sistem matrikulasi sekarang mungkin ada perubahan so adik2 baca ni jadikan guide tapi tanya jugak senior yang baru habis matriks untuk nasihat ye. Good luck semua ;)
Hello semuanya, semoga anda dalam keadaan yang baik-baik saja ya.
Hello semuanya, semoga anda dalam keadaan yang baik-baik saja ya.
Sebenarnya I dapat beberapa soalan berkenaan program matrikulasi ataupun takyah nak skema sangat matriks. Dah jawab beberapa personally lepastu bila tengah reply lagi sorang punyalah panjang lebar dah nak habis dah pun, entah macam mana tetiba tertutup pulak browser! -____________-"
Fine. Takpe takpe. Makanya terhasillah post ini. Biar akak bagitahu adik-adik semua pasal matriks ok? Akak gituwww. Kita switch on mode 'skema' sebab target pembaca adalah golongan yang lebih muda daripada empunya blog ini. Baiklah.
Gambar hiasan. (Credits to Mike Soh) |
Nak cerita banyak pun tak boleh sebab berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesuai tak peribahasa ni? Layaaaaan. Let's go straight to the point. Sekarang kita cerita pasal aliran Sains ya. Aliran Perakaunan, akak kau ni tak mampu nak tolong. Ada 3 modul semuanya.
Modul 1 : Biologi, Kimia, Fizik, Matematik
Modul 2 : Fizik, Kimia, Sains Komputer, Matematik
Modul 3 : Biologi, Kimia, Sains Komputer, Matematik
Saya Modul 1 simply because dah ditetapkan untuk masuk Modul 1 muehehe. Mulanya nak tukar Modul 3 sebab tak nak belajar Fizik tapi sebab malas nak tukar, akhirnya teruskan dengan Modul 1. Modul 1 untuk siapa? Mula-mula saya rasa budak-budak Modul 1 adalah mereka yang masih tak nampak hala tuju dan tidak pasti dengan cita-cita mereka termasuklah yang sedang menaip ini. Mungkin betul, mungkin juga tidak. Modul 1 untuk orang yang pandai bijaksana bijaksini bijaksitu dan bijakthere je. Ternyata semuanya tidak benar belaka. Kalau dibandingkan Modul 1 dengan Modul 2 dan 3, bezanya adalah subjek Biologi / Fizik dengan Sains Komputer. Sains Komputer senang ke? Tak berani nak komen sebab saya tak tahu banyak pasal Sains Komputer ni. Yang boleh saya katakan adalah Sains Komputer sesuai untuk orang yang suka perihal (perkataan perihal *skema*) komputer. Well, tengok nama pun dah tahu kan? Saya tak nak ambil Sains Komputer sebab saya tak nak ambil subjek yang (kemungkinan) tak berkaitan dengan bidang untuk degree nanti dan tak minat pasal komputer ni walaupun saya boleh menghadap komputer untuk berjam-jam lamanya. Modul 1 susah gila! Ramai je yang dapat 4flat, apo ekau nak kato?
Modul 2 dan 3 pulak, bezanya Fizik dan Biologi. Apa yang saya boleh rumuskan adalah, kalau dah benci sangat dengan Fizik / Bio, pilihlah Modul 2 atau 3 instead of Modul 1. Dan, kalau yakin boleh excel dengan Bio / Fizik on its own, pilihlah Modul 2 atau 3 instead of Modul 1. Begitu juga kalau tak nak belajar lebih satu jam daripada budak-budak Modul 1, pilihlah Modul 2 atau 3 instead of Modul 1. Dah berapa banyak kali pengulangan di situ? Saya pasti adik-adik faham. *masih skema*
Oh bagi yang tak suka Fizik masa sekolah (SPM), Fizik SPM lagi susah kot. Tak tahulah kalau faktor pensyarah terbaikkkkk (harus diberi perhatian lebih sebab pensyarah saya best!) ataupun minat mempengaruhi tapi saya suka Fizik matriks. Walaupun tak tahu berapa ratus formula yang kena hafal tapi Fizik senang bila betul-betul faham konsep (dan hafal formula pastinya). Boleh bangga bila kuiz dapat markah penuh berbanding dengan kuiz Biologi dan Kimia yang kemain susah lagi nak dapat full marks. Ada je yang salah lagi-lagi definisi, tertinggal satu perkataan je pun.
Hidup dekat matriks best je. Yang penting, jangan cari pasal dengan orang lain terutamanya roommates dengan classmates. Diorang yang akan jadi BFF korang dekat sana nanti. Belajarlah give and take, berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Eh eh. Hahaha. Walaupun yours truly memang selalu belajar last minute (ataupun kata omputeh burn the midnight oil), study consistently. Itu je cara kalau nak 4flat.
Pergh penat jadi skema. Hahaha. Kalau ada nak tanya, comment je. All the best! Sekian. :)
Comments
And boleh bagi tips macam mana nak cultivate habit study consistently? :P
Wslm. Memang betul part pensyarah banyak suap student, lebih kurang macam skola. Berbeza bila dah masuk universiti (utk degree), students kena berdikari. Macam akk tkde masalah sgt sbb tak kira kita kat mana pun, pensyarah sentiasa bole tolong. Semuanya terpulang kat pelajar. Sistem matriks ada kelas tutorial so kalau student tk faham bole bincang masa tu. Kat uni pulak, tkde kelas tutorial dah. Students kena ambil inisiatif untuk jumpa pensyarah sendiri. Jadi terpulang kat student sendiri. Kalau dari matriks lagi, student dah slalu jumpa pensyarah, kat universiti senang la :)
Pasal ramai yg dapat 4flat tu, zaman sekarang ni semua orang pandai, boleh dapat 4flat. Bukan kena compete dengan student matriks je tapi dengan semua termasuk asasi dengan STPM dan diploma. Persaingan tu memang ada, kita tak bole nak elak. Selain cemerlang akademik, jangan lupa masuk aktiviti ko-k and kepimpinan macam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tu bonus :D
Sistem modul tu masih sama ke?
Modul 1 - bio, physic, chemistry
Modul 2 - physic, chemistry, computer science
Modul 3 - bio, chemistry, computer science
Sama macam ni lagi ke? Kalau sama, amek la modul 1 atau 3. Yang ada bio so awak ada basic bila bljr medic nnt. Kalau amek modul 2 pun bole tapi cuma ada beberapa universiti je yg terima (dgn syarat amek bio masa spm) mcm USM :)
Kerjaya yang boleh awak masuk kalau study modul 1 & 3 banyak. Depends on subject yang awak ambil. :)
sy ad dgr 'ad yg kta plih' n ad jgk dgr' dorg ttapkan' ..klau dorg ttpkan kte boleh tkr x?
Wasalam. Modul tu memang akan ditetapkan. Tapi boleh mohon untuk tukar. Permohonan nanti berdasarkan result dan kekosongan rasanya.
@Anonymous
Wasalam. Boleh sebab belajar bio, chem dan physic.
@Nurul Huda Yusri
Masa akk dulu, memanglah banyak tajuk baru. Kalau sama dengan SPM, takde la penambahan ilmu kan? :) InsyaAllah boleh kalau usaha dan rajin, ramai je yang dapat A.
@Anonymous
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan? :) Result SPM tak menentukan result matriks. Masuk matriks ni, mulakan dari awal. Start fresh.
@Anonymous
Boleh, modul 3 belajar bio and kimia.
The answer is yes. You can go for module 3 if you want to be a vet later on because you don't need to study physics for veterinary. Good luck! :)
Anonymous/Mohd Anuar, kalau dah dua2 tak minat, cari la minat jugak. Akk pun tk tau camne nak nasihat, fizik kat matriks bagi akk lagi senang drpd fizik SPM tu haaa. Pilih mana yang awak rasa boleh try better.